bila hati redha keranaNYA..

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Setiap kali mendapat nikmat

Jarang kusedari itu pemberian-Mu

terkadang rasa itu kerana

segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah

kumengeluh risau bertambah gelisah

hingga terlupa pada-Mu Allah

tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang

leraikanlah aku dari keluh kesah

yang membelenggu jiwa dan fikiran

ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan

singkapkanku hikmah segala ketentuan

Moga sinar-Mu berikanku pedoman

Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang

leraikanlah aku dari keluh kesah

yang membelenggu jiwa dan fikiran

ditambah dengan hasutan syaitan

durjana yang sentiasa mengarahku

kepada kemurkaanmu

kurniakanlah kepadaku ketabahan

tunjukkan ku hikmah segala ketentuan

Moga sinar-Mu berikanku pedoman

Hanya pada-Mu segala ketetapan

Ya Allah kau redhailah diri ini


devotees;setiap kali


pesan seorang sahabat,

"apabila seseorang itu banyak mengadu pada manusia,maka sedikitlah pengaduannya kepada Allah,lantaran telah dilepaskan kekecewaanya dan pengaduannya kepada manusia,maka dimanakah Allah di dalam hatinya?semakin banyak pengaduan,masalah dan kekecewaan yang ingin dikongsi dengan Allah,maka semakin banyak pula masa yang diperuntukkannya bersama Allah,Inilah antara punca orang-orang yang beriman bangun di tengah malam,kerana pengaduan yang hakiki selayaknya hanya untuk Allah Taala.."





Benar,bila dirasakan kehadiran Allah dalam setiap amal perbuatan,pasti rasa kecewa itu akan hilang kerana redha yang bersarang dalam hati..indahnya Ya Allah,bila segalanya keranaMU..mudah-mudahan.

Ya Allah,berilah kami taufiq,hidayah,maghfirah & rahmat Mu yang berterusan kepada kami agar kami terasa dunia ini hanya sementara dan kepadaMu lah tempat kami kembali,ameen Ya Rabb.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..ketika membaca entry ini, ana teringt satu lagu dari mestica(segalanya milikMu)..cuba lka dgr dan hayati maksdnya..ya..semuanya datang dariNya..
wallahualm