berpindah,harap maklum!

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,

ana nak umumkan kepada kepada antum semua..bahawa ,blog ana telah berpindah(bukan sepenuhnya,cuma macam bersambung ke blog baru) ke

kerana DIA.. (http://faqirahilaih.blogspot.com)

harap maklum,insyaAllah.


Wallahua'alam.



SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

"PROGRAM CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ"

Penceramah:

Ust. Zainuddin Bin Che Ismail

( Universiti Al-Azhar BA Hons. Usuluddin Pejabat Pentafsir)

Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki




Tempat :

MASJID PUSAT ISLAM

Masa :

SELEPAS MAGHRIB

pada

21 JULAI 2009 (Selasa)

bersamaan

22 REJAB 1430 H

Anjuran

UNIT DAKWAH DAN PERHUBUNGAN ( UDP )


Semua Dijemput Hadir!!!





Segalanya tentang Wanita

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

SEGALANYA TENTANG WANITA

22-23 JULAI 2009


1. PAMERAN TOKOH-TOKOH WANITA

Tarikh : 22-23 JULAI 2009
Tempat : DATARAN PPSP

2. FORUM 'WANITA PERMATA PEMBANGUNAN UMMAH'

Tarikh : 23 Julai 2009
Tempat : Dewan Utama

AHLI PANEL :
USTZH SITI NOR BAHYAH (PENDAKWAH BEBAS)
YB SENATOR HJH MUMTAZ (AHLI DWN NEGARA)
SAUDARA DZULKHAIRI MOHD NOOR (PRESIDEN GAMIS)

100 hadirin terawal akan menerima cenderahati!!!
Terbuka kepada lelaki dan perempuan tak mengira kaum Melayu, Cina atau India.




Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”

(Muslim)


Erti menjadi seorang hamba kepadaNYA

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

assalamualaikum,

kaifa halukum?sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu disini.Alhamdulillah,diberikan sedikit keluangan untuk menekan keyboard laptop.

Seminggu yang lalu,terasa begitu blurr untuk kembali ke kampus,entah mengapa.
09/07/2009-khamis;tarikh yg pastikan akan diingati,saat perginya ibu tersayang ke Rahmatullah.moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibuku!dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,InsyaAllah.Ameen.


Ya Allah,kuatkan hati kami menerima ujian ini.moga ujian ini menjadi wasilah tarbiyyah buat kami dan jalan untuk kembali kepadaMU,dan menginsafi bahawa hidup ini hanya sementara,akhiratlah yang kekal abadi.

Ya Allah,kelak..Engkau berilah peluang kepada kami untuk berjumpa di alam akhirat.mg destinasi syurga yg menjadi idaman menjadi tempat pertemuan kami.Ameen..


Jazakumullahu Khoiran Kathira,buat sahabat2 dan sanak saudara yg menenangkan kami sekeluarga dan bersama2 merasai kesedihan ini.

"apa lagi yang diharapkan seorang hamba selain redha Allah"

"ya,inilah yang dicari"


Ya Allah,berilah kekuatan kepada kami untuk menerima segala ketentuanMU.ameen.

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus.
Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.


6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang keagihan alkohol.


~ di sunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”





~Renungkan~

SahabatMusleem


~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Menjadi keaiban bagi seorang yang di kurniakan akal fikiran,
perasaan dan iradah tetapi hidupnya sebagai orang bodoh,
hanya tahu makan dan bersuka suka seperti haiwan,
tidak berfikir apakah akan terjadi pada dirinya,
tidak mengetahui sesuatu tentang hakikat dirinya dan peranannya
dalam hidup sehingga tiba masa mati.
Ketika itu ia menghadapi kejahilannya dan menyesal.......
penyesalan yang tidak berguna lagi.


Hidup ini umpama Duta, mewakili negara ke negara lain.
Mematuhi segala peraturan yang di tetapkansamada suka atau tidak,
namun terpaksa menjalani tugas......tugas sementara.
Pulang ke nagara....dihitung, menerima pembalasan mengikut perkhidmatan
yang telah dilaksanakan.


Sumber : Kuliah Ustaz Hj Ahmad Dasuki


AMALAN PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W , SIHAT DAN BERKHASIAT.

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana kedua- duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.

Menyoroti sejarah, Nabi Muhamad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnya menyebabkan hati akan mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, " Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut- turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar". Pemakanan berasaskan bijian- bijian sempurna sememangnya berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dibentangkan di International Conference on Food, Nutrition and Cancer, biji- bijian sempurna adalah kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan di samping mencegah kanser. Di samping itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Havard School of Public Health dari tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji- bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil biji- bijian sempurna.
Justeru itu, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat dinasihatkan oleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang berasaskan biji- bijian yang sempurna.

Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, "Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya". Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat- zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Nabi juga memakan buah- buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Di samping itu, Rasulullah juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan. Kebanyakan buah- buahan dan sayur- sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.

Oleh itu, pengambilan biji-bijian sempurna, buah- buahan dan sayur- sayuran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains semasa akan kelebihannya. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.

Pegawai Penyelidik
Norkumala bt. Awang


~makan sihat,hidup sejahtera~


Program Makan Sihat




SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Pemakanan sihat merupakan kunci kepada kesejahteraan hidup. Amalan pemakanan sihat harus dipupuk sejak di bangku sekolah. Oleh yang demikian, kami telah menganjurkan Program Makan Sihat untuk warga Rumah Puteri Harapan (RPH). Program ini telah dihadiri oleh 62 orang penghuni RPH. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Makan Sihat dan Kepentingan Sarapan Pagi. Selain itu, kami turut mengadakan Kuiz Kesihatan Pemakanan kepada peserta program.


Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)

Masa : 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat: Dewan Arafah, Rumah Puteri Harapan

Anjuran: Pelajar Latihan Perkhidmatan Dietetik Masyarakat dari Universiti Sains Malaysia

Sasaran: Penghuni Rumah Puteri Harapan (RPH)




first time jadi penceramah..






~under construction

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,masuk 2 minggu ana menjalani latihan Industri @ praktikal di Rumah Puteri Harapan,Yayasan anak-anak yatim Kelantan(YAATIM).
2 minggu yg penuh dengan pelbagai rasa dan ragam,menginsafkan diri ini akan hakikat sebagai seorang hamba Allah dan insan kerdil yg ingin bergelar seorang pejuang agamaNYA.ya!bukan senang mendidik jiwa manusia.itulah dari sudut hati ana.

2 minggu juga bermacam-macam perkara yg brelaku disekeliling ,ana yg sempat diambil tahu dan ada yg memang tak tahu langsung,terutama yg berkaitan dgn berita-berita dari internet,email.x mangapa,ada hikmahnya.

sempat juga singgah sebentar di kampus kesayangan ana ini,yg tengah banyak kerja2 renovate n construction2 yg x diketahui bangunan apekah.ya!itulah perkembangan USMKK yg terkini>>

kepada sahabat2 MEDDEN(medic + dental) USMKK,selamat berjuang untuk selanjar 2.mg Allah kurniakan kejayaan buat kalian,insyaAllah.


"ya Allah,andai kegagalan kami menjadi fitnah kepada agamaMU,
maka cemerlangkanlah kami dalam setiap perbuatan...
andai kejayaan kami membawa kami jauh dari Islam,
maka Engkaulah yang berhak menentukannya,
kerana kami mengimani apa yg KAU taqdirkan.
kerana Engkau Maha Mengetahui.."







>>> a muslim Dietitian is under construction>>>>


everything happen for reasons..

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,syukur ke hadrat Ilahi atas nikmatNYA masih lagi kita dalam Islam dan Iman,insyaAllah dan selawat dan Salam keatas junjungan besar kita,pentarbiyah ulung,Nabi Muhammad SAW dan para pendukung Islam sekalian.moga2 Allah menetapkan hati-hati kita dalam Islam dan Iman,dua nikmat terbesar yang tidak terhingga.

Indahnya dunia ciptaan ini,walaupun kita merasakannya,namun hakikat yang kita perlu imani,Allah lah yang mencipta bumi ini dan sistemnya dan menyuruh kita mengambil pelajaran baginya,firman Allah Taala;

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. "
(Al-Baqarah:164)



Allah mencipta bumi ini bermusim kan?ade 4 musim yang kita kat Malaysia ini tak pernah merasa-sejuk,panas,bunga dan luruh..alangkah indahnya ciptaan Allah.Ia menjadi satu menifestasi kehebatan ciptaan Allah Taala.dan Allah menciptakannya dengan bersebab,dan begitu juga dengan penciptaan manusia,Allah menjelaskan dalam Al-Quran;

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
(Az-Zaariyat;56)

begitulah tujuan penciptaan manusia,untuk beribadat kepada Allah,adakah kita menginsafi akan tujuan penciptaan kita?atau sekadar kita meneruskan hidup ini dan membiarkan ianya berlalu sahaja?


..insyaAllah,bersambung..




.




ceramah motivasi sempena final exam ppsk 0809

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamu'alaikum. ..

InsyaAllah PSK akan menganjurkan CERAMAH MOTIVASI SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 PPSK 2009.

Maklumat program seperti di bawah:

Tajuk : Ya Allah Ya Tuhanku...kabulkan permintaan ku
(Sunnah Nabi SAW di dalam menghadapi ujian & dugaan)

Penceramah: Ustaz Fadhli (KIAS)

Tarikh : 5 April 2009 (AHAD)

Tempat : Masjid USMKK

Mahasiswa/i PPSK & Warga kampus dijemput hadir.



WallahuA'lam

mabruk 'alaiki,ya ukhti..

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum..

mabruk 'alaiki,
buat ukhti..a k a kembarku;nama penanya pelangi

akhirnya dia berjaya membuat blog,atas doronganku..(huhu..ye ker?)

sempat juga dia nak mengendalikan blog,tak sangka..maklumnya kembar ana ni,pelajar Medic di

UITM,inilah kami pertama kami berpisah jauh,setelah lama bersama dari kecil sampai

SMSTMFP seterusnya,KMPP..

jemputlah ziarah ke blognya;

puisi ni,ana petik dari blognya;


ANEH

Aneh sekali rasanya,


Keanehan yang sungguh aneh,


Perasaan ini jadi aneh,


Aneh yang sukar dimengerti,


Anehku pada mereka,


Anehku pada diriku sendiri,


Aneh,sungguh aneh sekali,


Kuimpikan nikmat syurgaMu,


Kutidakkan nerakaMu sebagai destinasiku,


Namun ku tak mampu


menangkis godaan syaitan,


Jua hawa nafsuku,


Aneh,sungguh aneh sekali,


Keanehan ini menokok,


Kuhajatkan petunjuk hidayahMu,


Kupohon hamparan taufiqMu,


Namun lembah qalbu ini,


Ternoda dengan titik-titik hitam,


Cerminan rapuh relung hatiku,


masih terjajah dengan virus dunia,


masih terlena dalam fananya dunia,


masih terulit bersama indah mimpi


sebuah fatamorgana,

Ya Allah..Tuhanku Yang Maha Pengasih,


Bantulah,


Pimpinlah,


Tuntunlah hatiku menujuMu,


Jangan Kau biarkan keanehan ini,


Tetap pegun menjadi terus aneh,


Jangan Kau biarkan diri ini,


Terus berjalan di bumiMu


bersama keanehan ini,


Tanpa mampu ku dapatkan sesuatu,


Sesuatu yang kuimpi,


Sesuatu yang kudamba,


Sesuatu yang kutunggu


Itulah sinar cintaMu..



NUKILAN;Pelangi







pastinya,dia akan menjadi penulis jemputan di blog ana ini..

menjelang tiba..

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,

x sangka,dah nak exam ..hmm



..study dah cukup ke ni? isk2..




wallahu ta'ala a'lam.

Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

penulis;Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al Razi

Kehidupan ini mempunyai seribu satu erti dan makna. Dalamnya ada mengandungi pelbagai pelajaran bagi mereka yang ingin mengambil pelajaran daripadanya. Kehidupan ini tidak semudah yang disangka oleh golongan yang sambil-lewa dan tidak sesusah yang disangka oleh golongan yang tamak dan bergantung kepada dirinya semata-mata.

H
idup ini suatu lapangan, tempat di mana Allah s.w.t. menyempurnakan kehambaan para hambaNya yang ingin menyempurnakan kehambaan diri mereka kepadaNya. Hidup ini suatu peluang, tempoh untuk para hambaNya menzahirkan rasa kesyukuran, kesabaran dan keredhaan kepadaNya, yang merupakan antara ciri-ciri kehambaan kepadaNya.

Manusia yang leka daripada hakikat dirinya yang sekadar seorang hamba kepada Tuhannya, secara tidak langsung akan menghadapi kesulitan dalam berinteraksi dengan kehidupan itu sendiri. Ini kerana, apa yang dicari hanyalah kepuasan nafsu diri, kelazatan yang memberi manfaat kepada kepentingan diri sendiri, tanpa menghayati makna kehidupannya yang lebih sempurna, iaitu dirinya hidup sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakannya daripada tiada kepada ada, iaitulah Allah s.w.t. yang Maha Pencinta.

Seseorang yang hidup semata-mata untuk kepuasan nafsu dan kepentingan diri, kerana tidak menghayati hakikat kehambaan diri, pasti tersalah dalam berinteraksi dengan kehidupan ini, sehingga membawa kepada terasa terbeban dengan sebuah kehidupan yang sementara ini. Apa yang dikejar selalunya tidak dapat. Apa yang didapatinya juga tidak akan kekal bersamanya setelah dia mati. Di mana nilai sebuah kehidupan bagi manusia yang semacam ini?

Bagi seseorang manusia yang menghayati makna kehambaan diri kepada Tuhannya, pasti akan memahami kehidupan ini dengan maknanya yang lebih luas dan sempurna. Kebendaan dan duniawi tidak lagi berkuasa menawan kebahagiaan dan kelapangan hati dan jiwanya. Dia tahu, hidup ini ialah untuk menterjemahkan makna kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ketaatan kepadaNya secara zahir mahupun batin.

Bertolak daripada itulah, akhirnya seseorang mula memahami bahawasanya, seluruh kehidupan ini, samada berkaitan dengan ketentuanNya mahupun penetapan hukum-hakamNya, merupakan penzahiran "interaksi" Tuhannya kepadanya. Seseorang hamba yang sentiasa menghadirkan rasa kehambaan diri kepadaNya dalam segenap tindakannya dalam kehidupannya, akan turut merasai kehadiran muamalah (interaksi) Tuhannya kepadanya melalui segala yang berlaku dalam kehidupannya.

Bermula dengan menunaikan ketetapan syariat dan hukum Allah s.w.t. dalam kehidupannya, maka penghayatan terhadap makna syariat yang dilaksanakannya dengan jiwa hamba mula bersinar dalam hatinya. Dia mula melihat hakikat di sebalik syariat dengan pandangan zauqi (perasaan rohani) kurniaan Ilahi. Dia mula menghayati bahawasanya, syariat ialah bukti kewujudan dan kehendak Tuhan yang menciptakan dan mentadbirnya dan seluruh alam ini.

Bertolak daripada itu juga, takkala dia menunaikan ketaatan batin (hati) kepada Tuhannya, dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, tawadhuk, istiqomah, sabar, syukur, redha dan sebagainya, maka dia mula mengenali hakikat ketentuan Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya.

Apabila dia ditimpa sesuatu yang berat terasa oleh nafsu dan dirinya, maka di situlah peranan seseorang hamba dalam menzahirkan kehambaannya kepadaNya dengan melahirkan sifat "sabar" terhadap ketentuanNya yang menimpanya tersebut. Dia juga menzahirkan rasa lemah di hadapan Allah s.w.t. dengan mengembalikan ketentuanNya kepadaNya, dengan mengadu masalah yang menimpanya kepada Allah s.w.t. yang mengujinya dengan ketentuan tersebut, dalam rangka semata-mata untuk menagih keredhaan dan bantuanNya.

Seseorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan dirinya kepadaNya berbeza dengan seseorang yang mengadu kepada Allah s.w.t. akan masalahnya dalam bentuk membangkang ketentuanNya.


Adapun seorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan diri kepadaNya, tujuannya hanyalah untuk menzahirkan hakikat diri yang "lemah" dan sentiasa memerlukan bantuanNya dalam menghadapi ketetapanNya, sedangkan orang yang merungut di hadapan Allah s.w.t. mengenai ketentuanNya ke atasnya bertujuan untuk menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap ketentuanNya yang tidak mengikut kehendak dan keinginan nafsu dirinya.

Mengadu dengan tujuan menzahirkan rasa lemah kepada Allah s.w.t. tidak mengandungi unsur mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t., tetapi sekadar memohon rahmat dan bantuan Allah s.w.t. agar dia mampu menghadapi ketentuanNya dengan bantuanNya. Adapun orang yang merungut kepada Allah s.w.t. membawa maksud mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t. dan terkadang boleh membawa kepada menyalahkan Allah s.w.t., seolah-olah dia lebih pandai dari Allah s.w.t.. Berbeza antara menzahirkan rasa lemah dengan menzahirkan kepandaian diri di hadapan Allah s.w.t.. Oleh kerana itu, Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli yang menghayati makna kehambaan ini mengungkapkan ungkapan penuh adab di hadapan Allah s.w.t. dengan berdoa (dalam hizb al-kabir):

"Wahai Tuhanku. Aku tidak memohon agar tertegahnya apa yang Engkau mahu tentukan ke atasku. Tetapi, aku memohon sokonganMu (kepadaku) dengan bantuanMu kepadaku dalam setiap ketentuanMu ke atasku"

Nilai kehambaan ini juga pernah diungkapkan oleh Saidina Rasulullah s.a.w. dalam doa Baginda s.a.w. ketika di Thaif dengan berdoa:

"Wahai Tuhanku, aku mengadu kepadaMu akan lemahnya diriku…".

Nilai-nilai mengadu dalam rangka meminta bantuan daripadaNya dan menzahirkan kelemahan diri dan keperluan kepadaNya merupakan antara nilai kehambaan yang tertinggi dalam diri seseorang hamba kepada Tuhannya.

Oleh yang demikian, hamba yang beradab dengan adab kehambaan tersebut mula menzahirkan rasa memerlukannya dan bersabar dalam rangka untuk membuktikan kehambaan diri kepadaNya dengan sentiasa mengharapkan bantuan daripadaNya.

Adapun takkala dia ditimpa sesuatu yang menyenangkan diri dan nafsunya, samada kesenangan dalam bentuk kebendaan, rezeki, jodoh dan sebagainya, maka dia akan menzahirkan rasa kesyukuran kepadaNya dengan mengembalikan segala kebaikan yang didapatinya kepada Allah s.w.t., bukan menyandarkan kebaikan tersebut kepada usaha dirinya sendiri.

Inilah nilai kehambaan yang agung dalam diri seseorang manusia, di mana dia sentiasa berasa menghargai setiap kebaikan dalam kehidupannya kerana menghayati bahawa semua kebaikan adalah daripada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pemurah.

Dengan rasa syukur tersebut, maka Allah s.w.t. menganugerahkan makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.) kepadanya, dan menganungerahkan kefahaman tentang rahsia-rahsia muamalah Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya. Inilah kelebihan daripada sifat syukur yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. yang berfirman dengan maksud: "jika kamu bersyukur, Aku akan tambah buatmu akan nikmat"… Penambahan nikmat yang agung adalah, kefahaman tentang hakikat diri, hakikat kehidupan dan hakikat ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya seharian.

Hidup ini ialah tempat bemualamah secara beradab. Bagaimana seseorang ingin beradab dalam bermuamalah dengan Allah s.w.t. melalui kehidupannya, sedangkan dia tidak mengenal hakikat dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. yang perlu beradab kepadaNya, tidak mengenali hakikat kehidupan yang merupakan tempat menzahirkan adab kepada Allah s.w.t. dalam berinteraksi kepadaNya dan tidak mengenali Allah s.w.t., Tuhan yang ingin menyempurnakan adab kehambaannya melalui kehidupannya?

Dalam hidup ini terkandung risalah-risalah Allah s.w.t. dalam segenap detik dalam kehidupan kita, jika hati kita sentiasa hadir dalam bermuamalah denganNya dengan adab kehambaan kepadaNya. Sabar dan syukur merupakan dua sayap utama bagi kerohanian seseorang hamba dalam menuju keredhaanNya. Setelah seseorang mencapai istiqomah dalam sabar dan syukur dalam segenap kehidpannya terhadap setiap ketentuanNya dengan bantuan Allah s.w.t., maka dia akan dianugerahkan rasa redha kepada Allah s.w.t. dalam setiap ketentuanNya.

Pada darjat "redha" inilah, seseorang manusia tidak lagi merasai beza antara ketentuan dengan ketentuan, tiada merasai susah ataupun senang, kerana hatinya sentiasa fokus kepada mencari keredhaan Allah s.w.t. di sebalik setiap ketentuanNya, dan menghadapi setiap ketentuanNya dengan pandangan redha kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya, redha kepada Allah s.w.t. ini merupakan darjat yang teragung yang dicapai oleh seseorang hamba Allah, kerana seseorang tidak akan meredhai Allah s.w.t. melainkan setelahmana Allah s.w.t. meredhainya dan berkehendak supaya dia juga meredhaiNya.

Kehidupan ini sebuah perjalanan dalam muamalah kehambaan seseorang hamba dengan Tuhannya. Nilai kehidupan adalah pada penghayatan seseorang terhadap makna kehambaan dirinya dalam kehidupannya, makna kehidupannya selaku hamba kepada Tuhannya dan makna ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya selaku hambaNya. Tanpa makna-makna tersebut, kehidupan tiada erti bagi seseorang manusia. Hidup tanpa "makna", yang tinggal hanyalah "makan". Makan, minum, tidur dan sebagainya, dalam rangka memenuhi nafsu di sekitar usianya yang semakin menuju kesudahan. Akhirnya, dia di sisi Allah s.w.t. bagaikan binatang, bahkan lebih sesat dan rendah daripada binatang, kerana tidak menghargai nilai kehidupannya sebagai manusia yang penuh dengan makna-makna yang mulia.

Masalah kemurungan, kesedihan, penderitaan dan rasa malang manusia sebenarnya bukanlah kerana gagal menanggung ketentuan Allah s.w.t., tetapi masalah-masalah tersebut kembali kepada "tidak memahami makna di sebalik ketentuanNya" lalu membawa kepada kegagalan dalam berinteraksi dengan ketentuanNya sebagaimana yang sepatutnya. Tanpa menghayati makna kehambaan diri, makna kehidupan yang merupakan medan menyempurnakan kehambaan dan makna ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupan, maka seseorang akan mencari kebahagiaan yang bukan sebenarnya suatu kebahagiaan, akhirnya dia terus menderita dan menderita dalam rangka untuk mencari kebahagiaan menurut persepsinya.

Kebahagiaan bukan pada kepuasan nafsu, tetapi pada terealisasinya kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Kekayaan itu ialah kekayaan jiwa, seperti yang diberitahu oleh Baginda s.a.w. yang mulia. Hidup ini bukan tempat setiap orang cari apa yang dia mahukan, tetapi hidup ini ialah tempat setiap orang menunaikan tujuan asal dirinya diciptakan. Kalau mahu terus mencari makna kebahagiaan selain makna yang diingini oleh Tuhan, maka setiap langkahmu dalam mencarinya adalah suatu penderitaan. Akhirnya, yang kamu himpunkan hanyalah penderitaan demi penderitaan.


Wallahu a'lam…


Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Qadir


Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi


('AmalahuLlahu bi lutfiHi)