moga Allah memberkati hidup kita di dunia & akhirat..
insyaAllah
m e s e j b e s d a y
ana ...
dari kak teh,sahabatfillah..
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan tirah&tikah..Allah selamatkan kamu..mg dipanjangkan umur,dmurahkan rezeki ,dipermudahkan urusan & istiqamah dalam jalan juang ini... :)
dari dayah,ukhtifillah...
Ya Allah,berikan insan ini nikmat kesihatan,ketenangan &kebahagiaan agar dapatku lihat senyumannya..hepi besday.
dari ayong,ukhtifillah...
Assalamulaikum,happy birthday to u..smoga panjang umur & murah rezeki.insyaAllah. "ingatlah semakin panjang umur kita,semakin bertambah dosa kita"-kata2 ni paling bermakna-
Assalamualaikum,Alhamdulillah..hati berbaur dengan pelbagai perasaanbila saat tiba untuk meninggalkan ramadhan kareem..dapatkah lagi hamba yg lemah ini berjumpa lagi dgnbulan yg mulia ini,ya Allah..?moga2 diberikan yg terbaik buat kita,moga sebulan yg berlalu pergi beberapa hari lepas memberi semangat baru untuk kita semua,semangat untuk menjadi hambaNya yg bertaqwa..insyaAllah.
Sebenarnya sudah lama diri ini ingin berbicara tentang kisah cinta@ “hubb” danair mata.bunyinya agak lucu agaknya?huhu..tapi jangansalah faham,ini bukan kisah cinta laila dan majnun atau yg sewaktu dengannya,tapi ini cinta antara hamba yg kerdil dan KHALIQNYA..Yang Maha Pencipta..kisah cinta yg membawa ke syurga
kisahnya begini...
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
coret2 fikrah:rindu amat pada ma,ayah,adik,abe man,kembar dan kak pah..ini pun cinta..huhu
Salam buat semua.Alhamdulillah,kita masih diberi peluang oleh Allah utk terus hidup dalam nikmat Islam & Iman.mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yg sentiasa mencari keredhaanNYA..insyaALLAH.
Subhanallah,Allah Maha Bijaksana dan Dialah sebaik-baik Pengatur.
Cinta-entry paling familiar kat mana-mana blog.mesti adasatu @ dua entri pasal cinta kat blog kebanyakkan blogger.setuju kan?kenapa mesti semua bercakap tentang cinta?
Kerana cinta itu fitrah,kerana cinta manusia terus hidup bumi Allah,dengan CINTA ALLAH,kita menjadi kita hari ini,dan sepatutnya bagi kita membalasnya dengan rasa syukur yg amat sangat dan menjadi hambaNYA yg benar-benar mengharap kepadaNYA…mudah-mudahan..
Cinta manusia bagaimana pula??
Jibrail a.s pernah berwasiat kepada Nabi s.a.w yg maksudnya:
“hiduplah kamu sebagaimana yg kamu kehendaki tetapi ingat bahawa kamu akan mati,dan cintailah sesiapa yg engkau kehendaki,tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya,dan buatlah apa sahaja yg engkau kehendaki tetapi ingat kamu akan dibalas dengan apa yang dilakukan itu.dan ketahuilah bahawasanya kemuliaanorang yg beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung kepada orang lain”
-hadist riwayat Al Hakin & Abu Na’im-
Kita boleh lihat fenomenanya,bagi bloggers muslimin,jarang yg x ada..mesti dalam entri ada menyebut mengenai muslimat solehah & menggambarkan ciri-cirinisa’ rabbani yg mereka harapkan akan menjadi teman hidup suatu masa nanti,begitu pula dengan muslimat(termasuk diri ana) yg mengharap kehadiran rijaluddin yg akan membimbing baitul muslimnya.Sungguh, tautan hati itu sungguh indah dengan jika dibina atas dasar cinta kepada Rabb yg Agung,sekaligus melahirkan generasi Pencinta Ilahi.InsyaAllah.
Tetapi itu semua perlu berlaku dengan adanya ikatan perkahwinan;bukanlah seperti yg dilakukan oleh sesetengah pihak,mengadakan hubungan cinta sebelum kahwin.Na’uzubilla,itu semua sebenarnya ujian dari Allah,selalulah berdoa kepadanya agar kita tidak diuji dengan ujian yang kita tidak mampu untuk menghadapinya..
“Ya Allah,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya”
(Al-Baqarah:286)
Sebenarnya ana ingin berkongsi satu ilmu dari seorang guru yg mengajar ana semasa sekolah menengah dulu,kata-katanya amat terkesan dalam hati ana & insyaAllah ana akan ingat sampai bila-bila.
Katanya;
“lihatlah pada ovum,ia tidak bergerak keluar pun dari tempatnya,(tiub Fallapio,sebelum bertemu dengan sperma,tetapi spermalah yg bersusah payah berenang & mencari ovum dan bersatu dengannyadan akhirnya membentuk zygote & berkembang menjadi seorang manusia”
Subhanallah,sungguh Allah ingin mengajarkan kita sesuatu. “begitu jugalah dengan manusia,wanita ygdigambarkan dengan ovum,tidak perlu bersusah payah mencari lelaki untuk bersatu dengannya tetapi biarlah lelaki yg telah ditetapkan oleh Allah itu sendiri yg datangkepadanya”
Ya Allah,sungguh hidup ini penuh hikmah bagi yg ingin mencari redhaMU..
Bagi ana pula,tidak perlu mencari,sampai masa Allah pasti akan mengurniakan cinta yg Dia redha kepada kita,yang penting persiapkan diri untuk menjadi muslimah solehah untuk mendapat muslimin soleh!InsyaAllah..Janji Allah itu pasti.Cinta itu milikNya.
Segala keranaNYa..insyaALLAH.
di atas nama cinta pada YANG SELAYAKNYA ku nafikan yang fana Usah keindahannya merampas rasa cinta pada DIA YANG LEBIH SEMPURNA
bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba kan ku cuba menghindar dari pesona maya
YA ALLAH..bantulah hambaMU yang lemah ini dalam mengejar redhaMU.
sabda Rasulullah s.a.w "perumpamaan seorang yang berzikir mengingati tuhannya dan orang yang tidak berzikir sama seperti orang hidup dan orang mati."
-riwayat Imam Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari r.a-
.: firman Allah :.
"sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat(berbuat dosa) dari setan,mereka pun segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kasalahannya)"
Al-A'raf:201
..akhirat negeri abadi..
Rasulullah bersabda yg maksudnya;
"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya" -hadis riwayat at-Tirmidzi-
" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
::RAKAN MASJID USMKK::
~jom sertai,daftarlah di pusat Islam USMKK~
save palestin..
Terkini Palestin
boikot Israel!
setiap detik kita semakin mendekat dengan kematian..
Followers
...perjuangan..
Tanam di hati benih iman sejati Berpadu dengan jiwa Rabbani Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati Tuk tegakkan kalimat Ilahi
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh Pastikan azzam-mu smakin meninggi Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!
ya ALLAH,ampunilah dosa-dosa kami..
ya ALLAH,kami ingin karat di hati ini lebur dengan cahaya hidayahMU..
Ya ALLAH,suburkan hati ini dengan hidayahMU..ameen
dengan namaMU ya ALLAH
renungan buat diriku dan sahabat2 yang dihormati,
pesan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:
Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman:"Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
diriku dan sahabat2ku, kita tidak sempurna dan sering melakukan dosa,namun sebaik2 orang yg melakukan dosa ialah orang yg sedar akn dosanya dan segera bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH..INSYALLAH,kita termasuk dlm golongan tersebut.ameen. YA ALLAH,berilah kami kekuatan untuk mentaati segala perintahMU..
hadist
((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتم للمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" ( 233 ) . "تذآرة . (312- الموضوعات" ( 69 ) . "الضعيفة" ( 309 Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)
mutiara hadist..
~al -hiwaar~
Pesan Khalifah Umar Al Khattab r.a
قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: نحن قوم أعزنا الله بالإسلام... فإذا ابتغينا العزة بغيره، أذلنا الله
Telah berkata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab RA: Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.
TENGKU ATIRAH LAILI BT TENGKU AB DULLAH.Seorang isteri dan ummi kpd 2 orang " mujahid "
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
(Ali Imran: 102-103)
Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid memburu syahid Dipisah dia berkelana Dipenjara dia uzlah menagih mehnah Namun jiwanya tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa dirimba Memerah keringat mencurah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan Dunia yang fana atau syurga..
.: fakta :.
kurma;salah satu makanan kesukaan Rasulullah s.a.w
sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji buah kurma yang terbungkus,maka pada hari itu dia menjadi kebal dari racun dan sihir." (hadist riwayat Bukhari)
::terimalah YA ALLAH::
YA ALLAH,kurniakanlahkebaikan bagi hamba dalam segala urusan,berikan pahala kepada kami dari segenap luka dunia dan siksa akhirat..
YA ALLAH,anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepadaMU,yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadaMU, dan anugerahkanlah ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU, anugerahkanlah pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini.
terimalah,YA ALLAH..
.:kesihatan itu nikmat dr Allah:.
peliharalah,jangan sia-siakan,nikmat sihat sebelun sakit..pabila sakit nanti baru terasa nikmatnya sihat. namun,ingatlah sakit itu ujian & penghapus dosa bagi orang yg mukmin.moga-moga dgn ujian kesakitan itu baru terasa kerdilnya kita sebagai hambaNYA..
Rasulullah Saw bersabda: Maksudnya:Sesungguhnya di kalangan kamu yang paling aku kasihi dan paling dekat dengan ku di hari kiamat ialah mereka yang paling berakhlak mulia,merendahkan diri yang bermesra dan dimesrai.Orang yang paling aku benci dan paling jauh dengan aku ialah mereka banyak bercakap sehingga berlebih-lebihan,banyak berbicara tanpa meneliti apa yang diperkatakan dan berpura2 mengetahui.
(riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).
sebaik-baik Ummah..
seindah mawar berduri..maruah diri yg dipagari keimanan kepada Rabbul Jalil
..subhanallah,indahnya alam ciptaan Allah Taala.
..jihad fisabilillah..berjuang keranaNYA..
..islam,Ad Deenul Haq
..ghurabaa..
"seorang Muslim itu tiada istilah menganggur dalam hidupnya kerana masa yang ada disibukkan dengan kerja dakwah dan kerja-kerja Islam" ~tn guru Nik Abdul Aziz~
berpindah,harap maklum!
-
[image: SahabatMusleem]
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~
Assalamualaikum,
ana nak umumkan kepada kepada antum semua..bahawa ,blog ana telah
ber...
~~~~THIS FEBRUARY
-
Love is in the air?
The simple thing about Muslims is, when we're Muslims we should be a
thorough and entirely submit to God and His Commands and Restrict...
e-VOTING..ketelusan atau suatu muslihat?
-
Apakah E-undi?
E-undi ialah sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi
elektronik sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi mela...
Q & A yg bermanfaat
-
Bismillah
Assalamualaikum,
Q & A ini diambil dari blog sahabat
(syukran 'alaika)
fikir2 bersama..
>>Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia i...
renung ke dalam diri..
-
Assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan nikmatNya kepada kita semua.dan
selayaknya kita wajib bersyukur kepadaNya atas segala n...