Subhanallah..hidup ini penuh hikmah

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~


love


Salam buat semua.Alhamdulillah,kita masih diberi peluang oleh Allah utk terus hidup dalam nikmat Islam & Iman.mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yg sentiasa mencari keredhaanNYA..insyaALLAH.

Subhanallah,Allah Maha Bijaksana dan Dialah sebaik-baik Pengatur.

Cinta-entry paling familiar kat mana-mana blog.mesti ada satu @ dua entri pasal cinta kat blog kebanyakkan blogger.setuju kan?kenapa mesti semua bercakap tentang cinta?

Kerana cinta itu fitrah,kerana cinta manusia terus hidup bumi Allah,dengan CINTA ALLAH,kita menjadi kita hari ini,dan sepatutnya bagi kita membalasnya dengan rasa syukur yg amat sangat dan menjadi hambaNYA yg benar-benar mengharap kepadaNYA…mudah-mudahan..

Cinta manusia bagaimana pula??

Jibrail a.s pernah berwasiat kepada Nabi s.a.w yg maksudnya:

“hiduplah kamu sebagaimana yg kamu kehendaki tetapi ingat bahawa kamu akan mati,dan cintailah sesiapa yg engkau kehendaki,tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya,dan buatlah apa sahaja yg engkau kehendaki tetapi ingat kamu akan dibalas dengan apa yang dilakukan itu.dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang yg beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung kepada orang lain”

-hadist riwayat Al Hakin & Abu Na’im-

Kita boleh lihat fenomenanya,bagi bloggers muslimin,jarang yg x ada..mesti dalam entri ada menyebut mengenai muslimat solehah & menggambarkan ciri-ciri nisa’ rabbani yg mereka harapkan akan menjadi teman hidup suatu masa nanti,begitu pula dengan muslimat(termasuk diri ana) yg mengharap kehadiran rijaluddin yg akan membimbing baitul muslimnya.Sungguh, tautan hati itu sungguh indah dengan jika dibina atas dasar cinta kepada Rabb yg Agung,sekaligus melahirkan generasi Pencinta Ilahi.InsyaAllah.



Tetapi itu semua perlu berlaku dengan adanya ikatan perkahwinan;bukanlah seperti yg dilakukan oleh sesetengah pihak,mengadakan hubungan cinta sebelum kahwin.Na’uzubilla,itu semua sebenarnya ujian dari Allah,selalulah berdoa kepadanya agar kita tidak diuji dengan ujian yang kita tidak mampu untuk menghadapinya..



“Ya Allah,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya”

(Al-Baqarah:286)



Sebenarnya ana ingin berkongsi satu ilmu dari seorang guru yg mengajar ana semasa sekolah menengah dulu,kata-katanya amat terkesan dalam hati ana & insyaAllah ana akan ingat sampai bila-bila.

Katanya;

“lihatlah pada ovum,ia tidak bergerak keluar pun dari tempatnya,(tiub Fallapio,sebelum bertemu dengan sperma,tetapi spermalah yg bersusah payah berenang & mencari ovum dan bersatu dengannya dan akhirnya membentuk zygote & berkembang menjadi seorang manusia”

Subhanallah,sungguh Allah ingin mengajarkan kita sesuatu.

“begitu jugalah dengan manusia,wanita yg digambarkan dengan ovum,tidak perlu bersusah payah mencari lelaki untuk bersatu dengannya tetapi biarlah lelaki yg telah ditetapkan oleh Allah itu sendiri yg datang kepadanya”

Ya Allah,sungguh hidup ini penuh hikmah bagi yg ingin mencari redhaMU..

Bagi ana pula,tidak perlu mencari,sampai masa Allah pasti akan mengurniakan cinta yg Dia redha kepada kita,yang penting persiapkan diri untuk menjadi muslimah solehah untuk mendapat muslimin soleh!InsyaAllah..Janji Allah itu pasti.Cinta itu milikNya.

Segala keranaNYa..insyaALLAH.



di atas nama cinta
pada YANG SELAYAKNYA
ku nafikan yang fana
Usah keindahannya
merampas rasa cinta
pada DIA YANG LEBIH SEMPURNA

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
kan ku cuba
menghindar dari pesona maya

YA ALLAH..bantulah hambaMU yang lemah ini dalam mengejar redhaMU.




-wallahua’lam-



No comments: