Showing posts with label kisah teladan. Show all posts
Showing posts with label kisah teladan. Show all posts

..'c.i.n.t.a' & air mata


~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,Alhamdulillah..hati berbaur dengan pelbagai perasaan bila saat tiba untuk meninggalkan ramadhan kareem..dapatkah lagi hamba yg lemah ini berjumpa lagi dgn bulan yg mulia ini,ya Allah..?moga2 diberikan yg terbaik buat kita,moga sebulan yg berlalu pergi beberapa hari lepas memberi semangat baru untuk kita semua,semangat untuk menjadi hambaNya yg bertaqwa..insyaAllah.

Sebenarnya sudah lama diri ini ingin berbicara tentang kisah cinta@ “hubb” dan air mata.bunyinya agak lucu agaknya?huhu..tapi jangan salah faham,ini bukan kisah cinta laila dan majnun atau yg sewaktu dengannya,tapi ini cinta antara hamba yg kerdil dan KHALIQNYA..Yang Maha Pencipta..kisah cinta yg membawa ke syurga


kisahnya begini...


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


coret2 fikrah:rindu amat pada ma,ayah,adik,abe man,kembar dan kak pah..ini pun cinta..huhu


adik2ku;arham & aiman..










hati yang terusik


~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~


Assalamualaikum,
Alhamdulillah,akhirnya Allah mengurniakan kepada hambaNYA ini sedikit idea untuk dikongsi bersama..sungguh,banyak yang terbuku dalam hati ini,biarlah hanya Allah yang tahu..sesungguhnya Dialah Yang Maha Mangetahui..

InsyaAllah,esok last paper..tk exam final sem,moga Allah memberi kemudahan untuk menjawab exam esok..true false..60 soalan..2 jam..satu2nya exam yg 2 jam..yg lain smua 3 jam..(sedikit description pasal subjek Health Infomatic)


Agak lama rasanya menyepi,sebenarnya banyak dah melilau2 cari ilmu & isu semasa kat blog2 bloggers lain.Alhamdulillah,yang baik jadikan teladan,yang buruk ambil sebagai pengajaran..bukankah itu yg diajarkan Islam..selagi ianya tidak bercanggah dengan Al Quran & Sunnah..namun,hati mengatakan ia bukan semudah itu,lebih2 lagi diri ini yang banyak kekurangan dari segi ilmu untuk menilai mana yang haq dan mana yang batil..
YA ALLAH...tunjukkan kepada kami kebenaran..

"sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan(bukti) yang samapi kepada mereka,yang ada dalam dada mereka hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang tidak mereka capai,maka mintalah perlindungan kepada Allah.Sungguh,Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat."
-al Mu'min;56-


Indahnya alam ciptaan Allah,pantai..beberapa minggu lepas berkunjung ke sana.berada di situ sekejap sahaja,tapi pengalaman yg diperoleh sukar untuk diluahkan dengan kata..sungguh,Ya Allah..tidaklah sia2 tiap apa yang Kau ciptakan.


Di wakaf itu,ana melihat seorang pak cik tua,bersama wajah muramnya..pilu,amat pilu sekali rasanya bila menatap wajah itu.terlihat garis duka pada riak wajahnya..berpaling lagi kepadanya.simpati,sedih,hampir air mata ini jatuh..berpaling lagi,& kali ini wajah tua itu merenungi ke laut..mungkin dirasa sedikit ketenangan padanya,& kali ini dia mendongak ke langit..mulutnya bergerak2..entah apa yg diucapkannya..hanya Allah Yang Tahu..Husnuzzhan,mungkin dia memuji kebesaran Tuhan Yang Menciptakan Segalanya..@ mungkin memohon maghfirah dari Allah..hati tercuit,rasa sebak melihat situasi itu,jika itu yg dilakukannya..Subhanallah,disebalik diri yang nampak tidak terurus..dia Tahu hanya Allah tempat mengadu,hanya Allah..tiada yang lain.kita macam mana???tanya iman..

berpaling lagi..kelibat itu sudah tiada..hilang,Ya Allah,siapa pun dia,Kau berilah kekuatan kepadaNya untuk meneruskan hidup di dunia ini..kepada kami juga Ya Allah..Engkaulah sebaik-baik Pelindung & sebaik-baik Penolong.ameen.

"katakanlah,:wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah.sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa(kecuali dosa syirik) semuanya.Sungguh,Dialah Maha Pengampun,Maha Penyayang.Dan kembalilah kepada Tuhanmu,dan berserah dirilah kepadaNya,sebelum datang azab kepadamu dan kamu tidak dapat ditolong.Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu(Al Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu,sedang kamu tidak menyedarinya.agar jangan ada orang yang mengatakan,'alangkah besar penyesalanku terhadap kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan)terhadap Allah,dan sesungguhnya aku termasuk orang yang memperolok-olokkan
(agama Allah)"

-Az Zumar;53-56-


wallahua'lam..


kata hati;moga cuti panjang nanti..Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengisinya dengan perkara2 yg diredhai olehNya..bukan dipenuhi dgn ke'lagha'an..InsyaAllah..mari sama2 bermujahadah mencari mardhatillah.

ilalliqaa..wa ma'assalamah.fiimanillah.

..di persimpangan..


~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Abu Bakar r.a. berkata,

" Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.





lima syarat???


~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Lima syarat nak buat maksiat…

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

Yang kedua" kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan dia menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apakah syarat yg kelima,Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.


wallahua'lam.moga2 kita dapat ambil iktibar dari kisah ini.insyaALLAH.



kisah neraka Jahannam..

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

kisah pengemis buta dgn Rasulullah s.a.w

~fa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis
buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.