~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~
milik setiap yang ingin & bermujahadah untuk memilikinya..namun hakikatnya amat payah untuk digelar wanita solehah??tanya iman..
namun masih belum terlambat wahai diriku & sahabat2 muslimahku..untuk mendapatkan gelaran itu,,mari berusaha ke arahnya.. mari tarbiyah diri..
m
Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seribu soalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan
MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu
WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi
MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran
MUSLIMAT,
Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat.
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.
'itulah hari yang pasti terjadi.Maka barangsiapa mengkehendaki,niscaya dia akan menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.'
(an-Naba':39)
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment