cara Rasulullah s.a.w menghadam makanan



~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~
Bismillahirrahmanirrahim.

Salah satu kebesaran ajaran Islam adalah mengajarkan para penganutnya mengenai hal menghadamkan makanan.Subhanallah,Islam itu benar-benar syumul.Rasulullah SAW melumatkan makanan baginda dengan berzikir kepada Allah Azza wa Jalla.

Sebagaimana diriwayatkan Imam Tabrani dari Aisyah Radiallahuanha,dia menceritakan,Rasulullah SAW pernah bersabda,yang bermaksud:

“Lumatkanlah makanan kamu degan zikir kepada Allah dan solat,dan jangan (langsung) tidur setelahnya kerana hatimu menjadi keras dan membatu”

Salah satu rahsia sabda Rasulullah SAW ini,bahawa pada zaman kita ini,kita dapati nutrient yang sepatutnya diperoleh telah tercemar dan rosak disebabkan proses penghadaman makanan itu sendiri.Islam juga melarang penganutnya menggunakan unsur yang boleh merosakkan tersebut,contohnya meminum minuman keras.

Rasulullah SAW menganjurkan untuk melumatkan makanan disertai dengan zikir kepada Allah Taala sama ada berupa tasbih,tahmid,takbir mahupun membaca Al-Quran.Mengapa?Ini adalah kerana zikir kepada Allah SWT akan memberi ketenangan dalam jiwa,ketemteraman anggota badan dan kesenangan dalam hati.Keadaan jiwa seperti ini merupakan factor pendorong terbesar berfungsinya organ tubuh manusia.Dalam sains pula,memang menjadi satu teori iaitu,organ-organ pencernaan hanya akan memulakan tugas penghadaman bila diaktifkan oleh saraf parasimpatetik iaitu yang memerlukan keadaan rehat@relax bukannya gelisah,takut @kelam kabut yang berkait dengan saraf simpatetik.

Sedangkan pengaruh solat terhadap kesihatan proses penghadaman tidak perlu dibahaskan lagi,malah hikmah besar solat terawih pada bulan Ramadhan mempunyai manfaat yang besar,iaitu menghadam makanan.Subhanallah,benar ALLAH MAHA BIJAKSANA dalam mengatur kehidupan kita dan meredhai ISLAM sebagai agama yang HAQ.


dipetik dari buku Adab makan & minum Rasulullah s.a.w.penulis-Mahmud Nashar







No comments: