Rasulullah s.a.w -pemergianmu..

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”

(Surah al-Taubah, ayat 24)


Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW memiliki ciri tertentu antaranya :

- Mentauhidkan Allah.

Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

Untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, hendaklah sekalian umat Islam menghindari amalan syirik dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

- Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya.

Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita.

Ibnu Mas’ud berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Untuk merealisasikan makna mencintai al-Quran hendaklah kita mempelajari dan memahami isi kandungan dan beramal dengannya serta menyebarkan pengajaran yang terkandung dalamnya kepada seluruh umat manusia.

- Mentaati Sunnah Nabi SAW.

Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

- Menyebarkan sunnah Nabi SAW.

Mencintai Nabi SAW bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda, tetapi hendaklah kita bersungguh menyampaikan serta mengajarnya untuk menyambung tugasan baginda. Jika kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan, pasti sunnahnya akan mati dan digantikan amalan yang bercanggah dengan syarak.

- Sentiasa memuji dan mengingatinya.

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya menyuluh perjalanan kita.

- Mencintai mereka yang dicintai Nabi SAW.

Antara tanda cinta kepada Nabi SAW adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda.

- Membenci orang yang dibenci Nabi SAW.

Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

- Membela Nabi SAW daripada serangan golongan munafik.

Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam Allah serta sunnah baginda sedang hebat diperlekehkan kelompok munafik.

Oleh itu, tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW adalah membantah hujah golongan itu dan membela baginda dengan memberi penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu batil yang dibangkitkan musuh Allah itu.

Demikianlah antara tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad SAW. Jelas di sini mencintai Nabi SAW bukan satu perkara yang datang hanya setahun sekali. Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika oleh seluruh umat Islam.

penulis-Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

http://nurjeehan.hadithuna.com/


terkini-sambutan Maulidurrasul di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan,

Program Sambutan Maulidur Rasul 1430 H
Peringkat Kampus Kesihatan

10 Mac 2009 - 23 Mac 2009

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung:


1. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TARIKH : 10 Mac 2009 (Selasa)

MASA : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

TEMPAT : Dewan Utama

TAJUK : ‘Apa Erti Saya Mencintai Rasulullah?’

PENCERAMAH : Ustaz Farid Ravi Abdullah (KUIS)


2. FORUM MAULIDUR RASUL

TARIKH : 13 Mac 2009 (JUMAAT)

MASA : 9.00 malam hingga 11.30 malam

TEMPAT : Dewan Nurani

AHLI PANEL : Prof. Zabidi Azhar Husin

Ustaz Fadhli Shaari

Dr. Zaharah Sulaiman

MODERATOR : Dr. Irfan Mohamad


3. GOTONG-ROYONG DAN KESYUKURAN MAULIDUR RASUL

TARIKH : 14 Mac 2009 (SABTU)

MASA : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

TEMPAT : Masjid Kampus Kesihatan USM


4. MINGGU MEMBUGAR AS-SUNNAH

SIRI 1 - “Pemurnian Sirah”

oleh Maulana Asri Yusof

15 Mac : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 2 - “Tanggungjawab Ummah Terhadap Rasulullah”

oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman

17 Mac 2009 : 2.30ptg - 4.00ptg : Auditorium PPSG

SIRI 3 - “Kepimpinan Rasulullah”

oleh Dr. Ahmad Najib Abdullah

17 Mac 2009 : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 4 - “Ittiba’ Rasul : Manhaj Nabi di Dalam Aqidah dan Ibadah”

oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman

19 Mac 2009 : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 5 - “Hikmah Rasulullah di Dalam Jihad dan Dakwah”

oleh Ustaz Badrul Hisham

23 Mac 2009 : 2.30ptg - 4.00ptg : Auditorium Perubatan Nuklear


5. DISKUSI INTELEK ‘INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN’

TARIKH : 21 Mac 2009

MASA : 8.30 pagi hingga 1.00 petang

TEMPAT : Dewan Nurani








Pemergianmu

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Lagu: Frizdan
Lirik: Frizdan











No comments: