..siapa yg paling mulia??


۞ ﺑﻴﺴﻤ ﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤﻦﺍﻠﺮﺤﯾﻤ ۞
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kesempatan untuk berkongsi sesuatu sebagai peringatan untuk kita bersama.Apa khabar iman di hati?moga kita sentiasa renung2kan dan muhasabah diri kita,kerana kita ini manusia dan manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan..ya Allah ampuni kami!


kisah satu malam..

seorang ukhti bertanya;'akak,name akak ade 'tengku' kan?kerabat mana eh akak?'

tersentak gak dgr soalan tu,jarang orang nak tnya pasal ni. (",)

ana jawab;'ala dik,,name jer,x de ape pun.akak kerabat ..........(rahsia)'.
-ana jawab soalan adik tu tp x perlulah dinyatakan juga di sini-

ana menyambung,'nama kita kat berharga pun,sebab yg Allah pandang adalah 'siapa yang paling beriman antara kita,betul kan?'

cuba lihat firman Allah Taala dalam Al Quran;

"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."


-Al Hujuraat:13-


siapa yg paling mulia??


tentunya..orang yg paling bertaqwa di sisi Allah


jadi,bagaimana dengan kita?






No comments: