renungkan kata-kata hikmah dari Khulafa' Ar Rasyidin

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

SAIDINA ABU BAKAR R.A berkata:

Orang yg bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu 4 sifat yg membinasakan iaitu:

1.ia akan nati dan hartanya akan diambil oleh warisnya lalu dibelajakan bukan pada tempatnya atau

2.Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim,atau

3.hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula, atau

4.adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yg tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL KHATTAB R.A berkata:

1.orang yg banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2.orang yg suka menghina orang lain,dia juga akan dihina.

3.Orang yg mencintai akhirat,dunia pasti menyertainya.

4.Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A berkata:

Antara tanda-tanda orang yg bijaksana ialah:

1.Hatinya selalu berniat suci.

2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.

3.kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

4.segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.

5.mengutamakan kehidupan akhirat dari kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMAHUWAJHAH berkata:

1.tiada solat yg sempurna tanpa jiwa yg khusyu’

2.tiada puasa yg sempurna tanpa mencegah diri dari perbuatan yg sia-sia.

3.tiada kebaikan bagi pembaca Al Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

4.tiada kebaikan bagi orang yg berilmu tanpa memiliki sifat wara’

5.tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6.nikmat yg paling baik ialah nikmat yg kekal dimiliki.

7.doa yg paling sempurna ialah doa yg diladasi keikhlasan.

8.barangsiapa yg banyak bicara,maka banyak pula salahnya,siapa yg banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yg hilang harga dirinya ,bererti dia tidak wara’,sedang orang yg tidak wara’ itu bererti hatinya mati.


No comments: