menggamit rindu padaMu..

~indahnya alam ciptaan Allah~
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamulaikum,Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hingga ke saat ini dan dikurniakan nikmatNYA yg terbesar iaitu Islam dan Iman,moga2 kekal hingga akhir hayat,insyaAllah.terasa sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di laman blog sendiri,kesibukan yg melanda tidak dapat dielakkan.MasyaAllah,moga2 semua itu satu tarbiyyah buat diri yang lemah ini..ameen.

Minggu lepas,Allah telah mengizinkan diri ini menghadiri satu slot yg sangat bermanfaat,'kursus nahi Mungkar' yg telah disampaikan oleh Ustaz A.Ubaidillah,tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Sains(MTS) Tumpat,Kelantan.Cepatnya masa berlalu Ya Allah,rasanya masih terngiang2 suara ustaz memberi pengisian.Banyak perkara yang ana dapat dari slot tersebut.

Ustaz ada menyebut,sebelum mencegah kemungkaran,perlulah kita memahami apa penyebab kepada kemungkaran tersebut berlaku.

Firman Allah Taala:

"dan manusia telah memilih untuk menanggung amanah(sebagai khalifah) dan sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi jahil"

berdasarkan ayat tersebut,ustaz menyimpulkan bahawa punca kejahatan(kemungkaran) ialah kerana 2 perkara iaitu jahil dan zalim.

J a h i l bererti buta agama manakala z a l i m bererti kecenderungan untuk melanggar perintah Allah.Na'uzubillah minzalik.

Contohnya begini,orang yang jahil ber'kapel'(cinta sebelum kahwin) kerana tidak tahu ape hukum bercinta sebelum kahwin dalam Islam tetapi orang yang zalim,sudah mengetahui hukum berkapel(cinta sebelum kahwin) dalam Islam bagaimana(haram?) tetapi tetap melakukannya.

Jadi,kita perlu menyampaikan /memberitahu saudara seislam kita apa yang halal,apa yang haram,apa yang makruk,apa yg harus dan apa yg sunat.melaksanakannya pula biarlah dengan harapan mereka juga faham apa yg kita faham
tetapi bukan untuk menunjukkan kita banyak ilmu.InsyaAllah..*ana berpesan kepada diri sendiri terutamanya.Ingatlah bukankah kita bersaudara kerana ikatan Aqidah Islamiyyah?saling mengingatkan antara satu sama lain..firman Allah Taala;


"dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

-Az -Zaariyat:55-


Dalam melaksanakan kerja2 dakwah,harus kita ingat,hanya Allah sebagai pemberi hidayah.Kita hanya berikhtiar dan natijahnya itu kita serahnya kepada Allah,hanya Dia Yang Maha Mengetahui yg terbaik buat hambaNya.Ingatlah firmanNya;

"Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."

-Al Baqarah:216-

moga Allah terus-terusan memberi kekuatan kepada kita untuk menjadi penolong agamaNya.

Renungi firman Allah Taala dalam surah At Taubah ayat 42 yang bermaksud;

"Seandainya perjalanan untuk mencapai kemenangan Islam itu dekat dan matlamatnya begitu pendek,pastilah orang kafir akan mengikut kamu.Namun perjalanan itu jauh dan di atasnya terlalu banyak kesusahan."


moga2 kita termasuk dalam golongan Ansarullah..insyaAllah.




ya Allah,menggamit rindu padaMu..usahakan wahai diri!

Nur Tuhan_musyid;hijjaz

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

No comments: