hakikat hidup?

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

dipetik dari sahabat ana..

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita
pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara
yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua
kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh
bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia
yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat
mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan
kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka
hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu
maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan
untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat
sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak
bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal
terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa
melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan
sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya
masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan
kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir
mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita
kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang
tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

-syukran jazilan kepada penulis asal-


Wallahua'lam.

No comments: