bingkisan buat sahabat..

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Assalamualaikum,min qalbi.Rindu yg amat pada muqabalah dengan antum semua..ana uhibbuki fillah.Alhamdulillah,petang tadi rasa sungguh bahagia,dapat jumpa dgn fatin.rancangnya nak jumpa degan azila sekali tapi,dia ada hal,maklumlah ore dah nak fly,fatin pun sama..20.8 ni berangkatlah ke indon.macam best je kan study kat oversea,la ba’sa,rezeki ana di sini,ingatlah sahabatku,bertemu dan berpisah kita kerana Allah.moga2 di hari tiada perlindungan selain bayangan Arasy Allah,kita tergolong dalam 7 golongan yg mendapat lindungan tersebut.mengharap dengan sangat..ya Allah.


Bingkisan buat teman..

Sahabatku..

Sesungguhnya antara hakikat kehidupan itu,kita memang perlu berkorban..

Kerana jalan mujahadah menuju mahmudah itu..

Tangganya lumut,basah dan berselut,tiada perhentian buat berehat..

Kerana bukan di sini tempat melepas penat,

Hiburannya tenang hati di dunia,

Bahagia hakiki menanti di syurga,

Berjuang ertinya terkorban,berkorban ertinya menderita,derita itu asam garam kehidupan,

Jangan lupa saudaraku..

Iringi pengorbanan dengan air mata keinsafan..

Kerana deraian air mata ini,titisan yg paling berharga..

Buat menyimbah api neraka..

Moga bahagia menuju syurga abadi..insyaAllah..

Sahabatku,moga tabah di perantauan,jaga iman,jaga hati,jaga diri.moga taqwa menjadi hiasan diri.insyaAllah.

Sama-sama kita mengejar keredhaanNYA..moga bahagia di sana.

Wallahua’lam.







No comments: