~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sabdanya:
"apabila bermula malam yang pertama bulan Ramadan menyerulah malaikat,katanya:'wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan,tampillah mengerjakannya,dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan,berhentilah daripada meneruskannya,dan ketahuilah Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya.'Seruan dan keampunan yang demikian,ada pada tiap-tiap malam(dalam bulan yang tersebut)."
-riwayat Tarmizi dan al-Nasa'i-
salam ramadhan al Mubarak buat semua..moga2 madrasah Ramadhan dapat mentarbiyah diri kita yang lemah ini..InsyaAllah.
dalam hadist,ada dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda sebaik tiba Ramadhan yang bermaksud:
"Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan.pertama mengucap istighfar(memohon ampun);kedua,memperbanyakkan ucapan syahadah;ketiga,berdoa meminta syurga dan keempat,memohon keredhaan Allah."
-riwayat Al Baihaqi-
1 comment:
assalamualaikum..teruskan menulis
Post a Comment