Renungan


~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~


Assalamualaikum,Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana kita masih lagi bernafas dan insyaAllah masih lagi menikmati dan dikurniakan dua nikmat yg terbesar;Islam dan Iman.
lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama,mungkin kerana masa yg tidak mengizinkan,wallahua'lam.

Ana ingin mengingatkan diri sendiri dan saudara semuslim,mari bersama kita teguhkan hati,mantapkan aqidah dan sinari hati dan jiwa dengan iman dan taqwa..bermujahadah melawan nafsu yg sentiasa mengajak kepada kebatilan..Na'uzubillah.Mudah-mudahan kita tidak terpedaya dengan kesenangan dunia fana ini..InsyaAllah..

renungi hadist ini..

Sabda Rasulullah s.a.w;(yg bermaksud)

"Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini,apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata-kata,Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya,juga penawarnya dan Allah membawanya keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke akhirat"


Ya Allah,betapa kami memerlukan pimpinanMu..pimpinlah kami kejalan yg Engkau redhai.Amin Ya Rabbal 'alamin.

"sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat(berbuat dosa) dari setan,mereka pun segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kasalahannya)"

Al-A'raf:201





No comments: