pengaduan selayaknya hanya pada DIA..


~fa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

dalam satu riwayat diceritakan bahawa Muhammad bin Husin bin Hamdan pernah membaca sebuah kitab yang di dalamnya di tulis firman ALLAH yg maksudnya antara lain.

"Demi kemuliaanKU,demi kemurahanKU,dan demi ketinggian kedudukanKU.Pasti Aku patahkan harapan orang yang mengharapkan kepada selainKu dengan kekecewaan,dan Aku pakaikan kepadanya pakaian kehinaan dalam kehidupannya di dalam masyarakat.Akan Aku singkirkan dia dari sisiKu serta Aku putuskan hubungan dia denganKu.

Mengapa dia mengharapkan kepada selain Aku dalam menghadapi kesusahan,padahal kesusahan itu ada dalam kekuasaanKu dan hanya Aku yang dapat menyingkirkannya.Dia mengharapkan kepada selain Aku,dan mengetuk pintu selain pintuKu padahal pintu-pintu yang diharapkannya itu tertutup,hanya pintuKu lah yang terbuka bagi siapa saja yang berdoa dan meminta kepadaKu.

Siapakah yang pernah mengharapkan kepadaKu untuk menyingkirkan kesusahan lalu Aku kecewakan?siapakah yang pernah mengharap kepadaKu kerana besar dosanya,lalu Aku putuskan harapannya?Atau siapakah yang mengetuk pintuKu lalu tidak Aku buka?Sesungguhnya Aku telah mengadakan hubungan langsung antara Aku dengan cita-cita dan harapan semua makhlukKu,lalu mengapa kamu mengambil sandaran kepada selainKu?

Aku telah menyediakan semua harapan hambaKu,akan tetapi dia tidak puas dengan perlindunganKu.Aku telah memenuhi langit-langitKu dengan perlindunganKu.Aku telah memenuhi langit-langitKu dengan malaikat yang tidak merasa jemu bertasbih kepadaKu,kemudian Aku perintahkan kepada mereka supaya tidak menutup pintu yang membatasi antara Aku dengan hamba-hambaKu.Akan tetapi mereka tidak percaya dengan firmanKu.Tidakkah mereka berhenti,bahawa siapa sahaja yang ditimpa bencana yang Aku turunkan,tidak ada yang dapat menyingkirkannya melainkan Aku.

Lalu mengapakah Aku melihat dia dengan angan-angan dan harapannya selalu berpaling dariKu?Mengapa dia tertipu oleh yang lain?"



No comments: